Wednesday, November 26, 2014

RAWATAN BEKAM RESDUNG DI PUSAT TERAPI BEKAM MELAKA FITRAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bekam Resdung Di Muka

"Saya ada resdung, boleh ke bekam kat muka
 Nanti bekas bekam tu cepat hilang tak? Sakit tak kena cucuk jarum kat muka nanti?"

Beginilah antara soalan-soalan yang agak kerap kami di Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah diajukan soalan oleh kebanyakan pelanggan yang datang ke premis kami.

Kami faham, mengapa mereka bertanya sebegitu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali hendak berbekam.

Sebenarnya, berbekam di muka amat digalakkan bagi anda yang mempunyai masalah :

1) JERAWAT YANG DEGIL (Kerap singgah di muka walaupun dah bermacam-macam cara dibuat)

2) Hidung SELALU GATAL, BERAIR & BERSIN

3) Pernafasan BERBAU BUSUK

4) Dalam HIDUNG & TELINGA macam ada benda merayap

5) JERAWAT yang banyak kat badan

6) TAKUT dengan seafood sebab FOBIA, kalau termakan seafood, tak tidur malamlah jawabnya.

Bagi anda yang ada masalah ini, kami di Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah sedia membantu anda BERPERANG dengan masalah resdung itu. Caranya dengan berbekam, telah ramai pelanggan yang datang untuk berbekam disebabkan resdung ini dan mereka sendiri dapat rasakan ada perubahan positif.




Kebiasaannya, sekali rawatan sahaja agak kurang memadai untuk menghapuskan masalah resdung ini. Kami mengesyorkan anda untuk sentiasa konsisten berbekam sehingga anda sendiri dapat rasakan yang masalah resdung tu tidak mengganggu anda lagi. Tetapi anda harus ingat, faktor pemakanan kita pada hari ini yang serba serbi mengandungi bahan suntikan, bahan pengawet, racun rumpai dan klorin menjadikan masalah resdung ini boleh berulang jika kita tidak berhati-hati dalam soal pemakanan.





Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah mempunyai perawat lelaki dan perempuan yang terlatih dan kami sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat setiap pelanggan. 



Anda boleh hubungi kami di talian 019 665 1906 untuk menetapkan temujanji. 
Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah berada di No 67-1B, Jalan SP4, Taman Semabok Perdana, 75050, Semabok, Melaka

Landmark: 1) Belakang Petrol Pump Shell
                     2) Sederet Kedai Kek Italy Bakery
                     3) Atas Restoran Asam Pedas Pak                             Syeikh
                     4) Sama Aras Firma Guaman                                     Fadzil Alimi Associates  

Kemudahan yang kami sediakan:
1) Wi-Fi Percuma
2) Khidmat Kerusi Urut Percuma
3) Pemeriksaan Gula Dalam Darah Percuma


1 comment:

  1. The best titanium dog teeth implants
    Top-rated brands: Mancotta, G-I, Viva, Zia, Mancotta, Mancotta, and more · Mancotta · titanium bolt Zia oakley titanium glasses · titanium watch Mancotta · Mancotta · titanium nipple bars Mancotta · Mancotta. titanium septum ring

    ReplyDelete