Sunday, November 9, 2014

DISKAUN 20%

Assalamualaikum semua, kami di Pusat Terapi Bekam Fitrah mendoakan anda agar sentiasa mendapat rahmat-Nya.

Syukur, Alhamdulillah kepada Allah Tuhan sekelian alam.

Walaupun Pusat Terapi Bekam Fitrah baru sahaja ditubuhkan, telah ramai patient yang datang dan mendapatkan rawatan bekam di sini.

Kami secara sedikit demi sedikit mengorak langkah untuk mendekatkan salah satu sunnah Rasulullah ini iaitu berbekam kepada masyarakat supaya kita semua dapat mengamalkannya, in shaa Allah.

Setakat ini sudah ada 5 Organisasi yang menjadikan kami sebagai "Pusat Rawatan Panel" mereka. Jadi dengan adanya usahasama ini, para anggota dan kakitangan organisasi tersebut layak menikmati DISKAUN 20% apabila mendapatkan rawatan bekam di PTBF.

Kami di PTBF sangat teruja dengan perkembangan ini dan kami pastinya akan terus berusaha membawa kaedah rawatan sunnah ini ke tengah-tengah masyarakat tidak mengira bangsa atau agama.


Salam Ukhwah
Khairul Fitri Sagi
CEO & Founder PTBF
019 665 1906

No comments:

Post a Comment