Tuesday, November 18, 2014

PUSAT TERAPI BEKAM MELAKA FITRAH

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera dari kami di Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah

Rawatan dan Amalan Berbekam

Waktu Bekam

Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, jarum, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.


* Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah menggunakan alatan yang disteril untuk memastikan tahap kebersihan berada di tahap yang optimum untuk mengelakkan kes-kes yang tidak diingini seperti jangkitan kuman.




Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Jenis bekam di Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.







Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Satu hadith sohih mengatakan berbekam dapat menyembuhkan 72 penyakit.



Kaedah rawatan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Jadi kami di Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah ingin mengangkat martabat perubatan Islam ini kepada tahap yang lebih tinggi dan menyebarkannya kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi.

Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama.

Teknik bekam yang dipraktikkan di Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah adalah selamat, tidak sakit dan berbahaya dan berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat (Segalanya dengan izin Allah).

Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan berehat selepas menjalani sesi rawatan.

Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan.

Bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.





Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, kami di Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah juga melakukan bekam mengikut permintaan pelanggan. Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi malah mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, kami mengesyorkan amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.



Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Terapi Bekam Melaka Fitrah




Sebarang pertanyaan atau tempahan slot temujanji berbekam, anda boleh hubungi di talian :
019 665 1906 (En Fitri)

5 comments:

  1. kt mana ya lokasi .. utk bekam darah ..berapa harga 1 cup?? x perna buat tpi nk cuba

    ReplyDelete
  2. kt mana ya lokasi .. utk bekam darah ..berapa harga 1 cup?? x perna buat tpi nk cuba

    ReplyDelete
  3. Adakah bekah bekam bila sudah buat sekali akan kena buat hari yg berikutnya maksud saya bila rasa sakit atau xsedap badan kena buat bekam lagi dan lagi

    ReplyDelete
  4. Adakah bekah bekam bila sudah buat sekali akan kena buat hari yg berikutnya maksud saya bila rasa sakit atau xsedap badan kena buat bekam lagi dan lagi

    ReplyDelete
  5. Adakah bekah bekam bila sudah buat sekali akan kena buat hari yg berikutnya maksud saya bila rasa sakit atau xsedap badan kena buat bekam lagi dan lagi

    ReplyDelete